Permulaan krisis Krisis perlembagaan Perak 2009

Krisis bermula[2] apabila ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional, Datuk Nasarudin Hashim mengumumkan keputusan keluar dari UMNO pada 25 Januari untuk menyertai PKR.[3] Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan lebih ramai wakil rakyat dari Barisan Nasional akan menyertai Pakatan Rakyat, dan pada masa yang sama pula Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar kerajaan Menteri Besar, turut menyatakan kemungkinan tiga lagi kerusi Barisan Nasional akan bertukar tangan ke Pakatan Rakyat.[4] Tindakan Datuk Nasarudin Hashim yang keluar parti telah membangkitkan kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menganggapnya lemah dan mendakwa tindakannya keluar parti hanyalah atas rasa kecewa kerana tidak ditawarkan jawatan kanan parti.[5] Nasarudin kemudiannya menafikan penerimaan tawaran jawatan tersebut.[6] Sehari sebelumnya, Najib mengambil alih jawatan Ketua UMNO Negeri Perak daripada Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali.[7]

Sehari kemudian, dua wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu, yang sedang didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tiba-tiba hilang dan gagal dihubungi.[8] Empat hari kemudiannya, kedua-duanya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ahli bebas, serta menjanjikan kesetiaan kepada Barisan Nasional.[9] Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengatakan tiada pilihan raya kecil akan diadakan bagi kedua-dua kerusi yang dipegang mereka walaupun telah menerima tekanan daripada pelbagai pihak.[10]

Naib speaker dari DAP, Hee Yit Foong keluar parti dan menjadi wakil bebas pada hari berikutnya. Pada 4 Februari 2009, Sultan Perak bertemu dengan Nizar pada sebelah paginya mengenai permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya semula di negeri Perak.[11] Sultan Perak bertemu Najib pada petang berikutnya, bersama-sama wakil rakyat bebas yang keluar dari Pakatan Rakyat dan secara tiba-tiba Datuk Nasarudin Hashim kembali semula ke Barisan Nasional atas alasan untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak.[12] Najib pula mengambil kesempatan ini untuk memohon perkenan diraja bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.[13]

Rujukan

WikiPedia: Krisis perlembagaan Perak 2009 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.malaysiakini.com/news/104895 http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.mmail.com.my/Showdown_expected_in_Royal... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Fron... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Fron... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Nati... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Nati... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/News...